BRNW Auto Enterprise adalah sebuah syarikat Bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroprasi pada September 2013. Mempunyai Visi dan Misi untuk menjadi Pemasang dan Penjual cermin pelbagai jenis kenderaan yang setanding bangsa asing yang menguasai bidang ini selama ini.
BRNW Auto Enterprise menyediakan pembekalan dan perkhidmatan untuk cermin kenderaan dan segala yang berkaitan dengan cermin kenderaan.Selain perkhidmatan penukaran cermin kami juga memperbaiki cermin kenderaan yang boleh di perbaiki,'polishing' untuk lampu dan cermin kenderaan, memasang tinted, sandblasting (untuk tujuan keselamatan ) dan segala yang berkaitan dengan cermin kenderaan. Disamping itu juga kami membekalkan Bateri dan Wipper.
BRNW Auto Enterprise mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali. BRNW Auto Enterprise juga bercadang mengembangkan lagi perniagaan ini di daerah-daerah yang berdekatan malah merancang membuka cawangan di negeri-negeri lain. Dengan berkat, kesungguhan dan kerjasama serta sokongan dari pihak-pihak yang berpengaruh BRNW Auto Enterprise yakin akan dapat merealisasikan visi dan misi syarikat.


No comments:
Post a Comment